Wednesday, April 10, 2013

Bersyukur

Gonggok Gergasi - Gunung Nuang

Anak Ikan - Sungai Samak
      Kehidupan adalah suatu anugerah yang tidak ternilai. Allah SWT telah menjadikan pelbagai jenis makhluk di muka bumi ini. Ada yang tinggal di dalam air, ada yang merayap serta melata di atas permukaan bumi dan ada juga sebahagiannya yang berada di ruang udara. Kesemuanya adalah makhluk Allah, sepertimana kita juga.

     Aktiviti riadhah akan merapatkan lagi kita dengan mereka, terutamanya apabila kita menjalani  riadhah tersebut di dalam habitat asal mereka iaitu di hutan belantara. Di sini kita belajar untuk berkongsi ruang dengan mereka. Melihat bagaimana mereka hidup serta mendapatkan makanan dalam keadaan serta cuaca yang tidak menentu. Lihatlah bagaimana makhluk tuhan ini dapat menyesuaikan dirinya dengan persekitaran yang lasak serta mencabar. Hati kecil kita akan berkata betapa syukurnya kita terhadap Allah SWT kerana dikurniakan kehidupan dengan segala kemudahan yang dapat kita manfaatkan sebaik-baiknya.
Kura-kura Emas - Gunung Bunga Buah
      Namun, apa yang hati kecil kita mungkin tidak tahu ialah, walaupun kita beranggapan diri kita jauh lebih baik daripada makhluk-makhluk tersebut tetapi kita sangat jarang atau mungkin tidak pernah mensyukuri apa yang kita perolehi sedangkan bagi makhluk-makhluk tersebut, sepanjang kehidupan mereka, mereka sentiasa bertasbih memuji serta mengingati Allah SWT dengan cara mereka sendiri.

Labah-labah Gergasi - Gunung Bunga Buah












Syair Kehidupan

Sungguhlah tinggi puncak kulihat,
Tumbuhnya subur lumut dan kulat,
Baiklah diri menjadi ulat,
Jika bersyukur tersangat berat.

 Mari mendaki puncak dunia,
Setinggi awan engkau berada,
Apalah erti jadi manusia,
Kepada Tuhan sentiasa lupa.

Tinggi menjulang aduhai dinda,
Puncaknya Nuang jika dipanjat,
Sungguhlah malang hidup di dunia,
Jika gelumang dosa maksiat.

 

2 comments:

  1. Merujuk kepada syair..

    Tinggi menjulang aduhai dinda,
    Puncaknya Nuang jika dipanjat,
    Sungguhlah malang hidup di dunia,
    Jika gelumang dosa maksiat.

    Nak tanya... Apa maknanya tu? Orang naik gunung selalu buat maksiat ke?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. He he he, bukan begitu.... Maknanya nasib seseorang itu sangatlah malang sekiranya kehidupannya bergelumang dengan aktiviti yang berunsurkan maksiat. Orang yang naik gunung juga terdedah kepada maksiat, tetapi sekiranya si pendaki berusaha untuk memelihara dirinya daripada melakukan maksiat, insyaallah pendakiannya akan memberikan natijah yang baik buat dirinya serta orang yang berada bersamanya.

      Delete