![]() |
Gonggok Gergasi - Gunung Nuang |
![]() |
Anak Ikan - Sungai Samak |
Kehidupan adalah suatu anugerah
yang tidak ternilai. Allah SWT telah menjadikan pelbagai jenis makhluk di muka
bumi ini. Ada yang tinggal di dalam air, ada yang merayap serta melata di atas
permukaan bumi dan ada juga sebahagiannya yang berada di ruang udara.
Kesemuanya adalah makhluk Allah, sepertimana kita juga.
Aktiviti riadhah akan merapatkan
lagi kita dengan mereka, terutamanya apabila kita menjalani riadhah tersebut di dalam habitat asal mereka
iaitu di hutan belantara. Di sini kita belajar untuk berkongsi ruang dengan
mereka. Melihat bagaimana mereka hidup serta mendapatkan makanan dalam keadaan
serta cuaca yang tidak menentu. Lihatlah bagaimana makhluk tuhan ini dapat
menyesuaikan dirinya dengan persekitaran yang lasak serta mencabar. Hati kecil
kita akan berkata betapa syukurnya kita terhadap Allah SWT kerana dikurniakan
kehidupan dengan segala kemudahan yang dapat kita manfaatkan sebaik-baiknya.
![]() |
Kura-kura Emas - Gunung Bunga Buah |
Namun, apa yang hati kecil kita
mungkin tidak tahu ialah, walaupun kita beranggapan diri kita jauh lebih baik
daripada makhluk-makhluk tersebut tetapi kita sangat jarang atau mungkin tidak
pernah mensyukuri apa yang kita perolehi sedangkan bagi makhluk-makhluk
tersebut, sepanjang kehidupan mereka, mereka sentiasa bertasbih memuji serta
mengingati Allah SWT dengan cara mereka sendiri.
![]() |
Labah-labah Gergasi - Gunung Bunga Buah |
Syair Kehidupan
Sungguhlah tinggi puncak kulihat,
Tumbuhnya subur lumut dan kulat,
Baiklah diri menjadi ulat,
Jika bersyukur tersangat berat.
Setinggi awan engkau berada,
Apalah erti jadi manusia,
Kepada Tuhan sentiasa lupa.
Tinggi menjulang aduhai dinda,
Puncaknya Nuang jika dipanjat,
Sungguhlah malang hidup di dunia,
Jika gelumang dosa maksiat.
Merujuk kepada syair..
ReplyDeleteTinggi menjulang aduhai dinda,
Puncaknya Nuang jika dipanjat,
Sungguhlah malang hidup di dunia,
Jika gelumang dosa maksiat.
Nak tanya... Apa maknanya tu? Orang naik gunung selalu buat maksiat ke?..
He he he, bukan begitu.... Maknanya nasib seseorang itu sangatlah malang sekiranya kehidupannya bergelumang dengan aktiviti yang berunsurkan maksiat. Orang yang naik gunung juga terdedah kepada maksiat, tetapi sekiranya si pendaki berusaha untuk memelihara dirinya daripada melakukan maksiat, insyaallah pendakiannya akan memberikan natijah yang baik buat dirinya serta orang yang berada bersamanya.
Delete