![]() |
Pemandangan berlatarkan puncak Gunung Ledang |
Gunung Ledang adalah gunung
pertama yang aku daki. Pengalaman pertama sudah tentu mengajar kita banyak
perkara di dalam kehidupan. Berbekalkan minat serta keyakinan yang tinggi,
akhirnya pengalaman pertama itu menjadi suatu pengalaman yang sungguh bermakna
bagi diriku.
Gunung Ledang mempunyai
ketinggian sebanyak 4,187 kaki dari aras laut. Gunung yang terletak di antara 3
negeri (Melaka, Johor dan Negeri
Sembilan) itu ternyata sangat terkenal di alam Melayu dengan kisah peminangan puteri
Gunung Ledang. Selain itu gunung itu dikatakan menyimpan banyak misteri. Aku
ketika itu baru berusia 15 tahun dan baharu sahaja selesai menduduki
peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) di Sekolah Menengah Aminuddin Baki,
Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Aku telah dipelawa untuk turut serta di dalam
aktiviti tersebut oleh Cikgu Dali yang merupakan pemimpin pengakap sekolah
ketika itu. Alhamdulillah kedua orang tuaku telah membenarkan aku untuk turut
serta.
Apa yang ingin kukongsikan pada
entri kali ini adalah berkaitan sifat yakin. Setiap insan perlu sikap ini di
dalam kehidupan sekiranya mereka ingin mengecapi nikmat kejayaan. Keyakinan
adalah inti pati terhadap azam serta cita-cita. Sekiranya kita tidak yakin,
mustahil bagi kita untuk mencapai keinginan, azam maupun cita-cita yang diidamkan.
Mengingat kembali pengalamanku
sewaktu kali pertama membuat pendakian, menjadikan aku tersenyum sendirian
kerana keinginan serta kemahuan yang disertai keyakinan yang tinggi akhirnya
menjadikan pendakian itu suatu kenyataan. Kenyataan yang menjadi nostalgia di
dalam hidupku.
Syair Sifat Yakin.
Puteri bermain di pinggir kali,
Sangkut di kail seekor Keli,
Kalaulah yakin di dalam diri,
Benda mustahil boleh dicari.
Benda mustahil boleh dicari.
Sungguhlah tinggi puncak didaki,
Tempat temasya mambang dan pari,
Yakin yang tinggi sukar dicari,
Kerana temannya sifat berani.
Cuaca dingin di puncak tinggi,
sejuk dan basah sepanjang hari,
Walaupun yakin pakaian diri,
Kepada Allah berserah diri.
Tempat temasya mambang dan pari,
Yakin yang tinggi sukar dicari,
Kerana temannya sifat berani.
Cuaca dingin di puncak tinggi,
sejuk dan basah sepanjang hari,
Walaupun yakin pakaian diri,
Kepada Allah berserah diri.
Bila nak mendaki G. Everest pulak?
ReplyDeleteHmmm.... belumlah pulak lagi berhajat, mungkin selepas pendakian ke Gunung Tahan dan Gunung Kinabalu kot.... he he he....
Delete